• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singa Terselamat Lepas Kisahnya Viral Di Facebook

oleh AK-47
09/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR singa di Kruger National Park, Afrika Selatan, berjaya diselamatkan selepas kisah jerat yang melekat di lehernya menjadi viral di laman Facebook negara tersebut.

Jerat tersebut telah menyebabkan singa berkenaan hampir kehilangan nyawa sekiranya ia tidak ditanggalkan dengan kadar segera.

singa
Keadaan singa tersebut ketika ditemui oleh pasangan Meliska Vijoen dan Meike Pettit.

Kisahnya mendapat perhatian apabila dua pengunjung taman negara Meliska Vijoen dan Meike Pettit terlihat singa berkenaan sewaktu melakukan Safari Tour. 

Singa yang kelihatan kurus itu seolah-olah cuba mendapatkan pertolongan daripada orang awam yang melihatnya.

singa 1
Jerat telah menyebabkan Percy mengalami kesukaran untuk bernafas.

Prihatin dengan nasib singa berkenaan, pasangan itu bertindak mengambil gambarnya lalu memuat naik di laman Facebook mereka dengan kaspyen “[Our safari group] found the lion in the road clearly asking for help”.

Mereka turut melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak taman negara Kruger.

Terkesan dengan status dan gambar yang dikongsikan, banyak pihak menawarkan diri untuk menyelamatkan haiwan malang berkenaan.

Percy setelah dirawat oleh pihak Taman Negara Kruger.
Percy setelah dirawat pihak Taman Negara Kruger.

Dalam pada itu, pihak taman negara tersebut melancarkan misi mencari dan menyelamat singa berkenaan sebaik mengetahuinya. Setelah beberapa jam pencarian, mereka menemui singa itu dan berjaya menanggalkan jerat yang melekat di bahagian lehernya.

singa 4
Gambar yang dikongsikan Wild Heart Wildlife Foundation di laman Facebook mereka.

Kisah singa yang diberi nama Percy ini seterusnya dikongsi oleh wakil dari Wild Heart Wildlife Foundation di laman Facebook dengan menyatakan, Percy kini selamat dan telah kembali ke kawasan habitatnya seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_CBMLvuTziE]

 

 

Tags: AfrikaSafarisinga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Singa Tular Miliki Gaya Rambut Unik

31/05/2022
0

SINGAPURA : Seekor singa jantan di Zoo Guangzhou, China tular di media sosial kerana memiliki surai atau bulu tengok yang...

Kes COVID-19 Afrika Cecah 9.51 Juta

29/12/2021
0

ADDIS ABABA: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd