• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Menangis Kenang Almarhum Sultan Perak

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak dapat menahan sebak dan air mata apabila berkongsi dengan hadirin di Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini mengenai kisah beliau bersama-sama Sultan Perak sebelum ini Almarhum Sultan Azlan Shah.

Dalam ucapan alu-aluan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah, Harussani tidak dapat mengawal kesedihannya apabila dilihat mengesat air mata, sehinggakan juruacara majlis turut menghulurkan tisu kepadanya.

Menurutnya, semua bermula apabila beliau mencadangkan kepada Sultan Azlan Shah agar berkunjung ke kampung di pelbagai daerah untuk solat Jumaat bersama-sama penduduk bagi mengeratkan hubungan antara sultan dan rakyat.

“Ini supaya rakyat kenal dan dapat melihat sultan mereka, bersalaman dan menegur sultan mereka … baginda setuju dan pergi dari satu masjid ke satu masjid.

“Malangnya ada satu kejadian di mana kami menerima surat menasihati supaya Tuanku jangan pergi ke satu masjid kerana ada ancaman, penderhaka,” katanya dengan nada tersangkut-sangkut sambil memberitahu ketika itu beliau sedia menawarkan diri menjadi perisai.

Hampir seminit Harussani sebak sambil diiringi air mata dan cuba menghabiskan ayat beliau tentang kesediaannya melindungi Sultan Azlan Shah walaupun insiden itu telah lama berlaku.

Dalam pada itu, beliau berkata ketika ini seolah-olah wujud keadaan rakyat semakin melupakan institusi diraja, malah lebih membimbangkan ada rakyat yang tidak mengenal siapa sultan atau raja mereka.

“Pada akhir-akhir ini raja dijauhkan daripada rakyat, sekolah tidak lagi diajar tentang sejarah raja. Saya cadangkan supaya sejarah pemerintahan diraja diperkenalkan semula di sekolah.

“Pada pandangan saya, selagi kita tidak dekatkan raja kepada rakyat dan sebaliknya, maka selamanya institusi raja akan tenggelam sedangkan raja adalah tonggak agama,” katanya.

Muzakarah bertemakan “Raja: Payung Pelindung Agama” selama tiga hari mulai Ahad itu dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3Z_3DGEtrgo[/wpdevart_youtube]

Tags: Mufti Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat Dibawa Ke Bangkok

Next Post

Lelaki Maut Ditembak Selepas Kenderaan Dihalang Suspek

Related Posts

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

“Kekal Jawatan Mufti Hingga Akhir Hayat”

31/05/2021
0

IPOH - Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Perak untuk memberi...

Next Post

Lelaki Maut Ditembak Selepas Kenderaan Dihalang Suspek

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd