• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sakit Telinga, Rupanya Semut Besar Buat Sarang!

oleh
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Percaya atau tidak, sekumpulan semut besar ditemui sedang leka bersarang di dalam lubang telinga seorang gadis tempatan berusia 12 tahun di India, menurut laporan akhbar Times of India.

Doktor menemui sekitar 10 hingga 15 ekor semut besar yang kelihatan ‘selamba’ merangkak keluar daripada cuping telinga gadis kecil itu pada setiap hari, mungkin untuk mencari makanan.

Shreya Darji yang berasal dari kota Deesa, Banskantha berkata, dia tidak menyangka ada serangga hidup di dalam telinganya walaupun mula berasa sakit di bahagian tersebut sejak Ogos tahun lalu.

(Gambar: Merdeka.com)

Bapanya, Sanjay Darji yang bimbang melihat anak perempuannya mengadu kesakitan terkejut apabila mendapati beberapa ekor semut besar berada di dalam cuping telinga anaknya itu.

Darji lantas bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik pakar telinga dan hidung. Beberapa doktor di Patan dan Ahmedabad melakukan pemeriksaan rapi menggunakan kamera laparoskopik.

Walaupun bersyukur kerana tidak menemui sebarang ‘semut ratu’ yang mungkin bertelur di dalam telinga Shreya, doktor masih bingung bagaimana semut boleh bersarang di dalam telinganya.

Seorang doktor di pusat bandar yang berpengalaman juga mengatakan hal serupa.

“Saya berjaya keluarkan 10 ekor semut besar hidup dari dalam telinganya. Saya tidak pernah menemui kes unik dan pelik seperti ini.

“Belum pernah ada sebarang catatan sedemikian dalam sejarah perubatan moden apatah lagi di India,” kata Dr Jawahar Talsania.

Beliau menambah, jika semut besar terus keluar dari telinga gadis tersebut, Shreya akan dipantau menerusi video untuk menghuraikan misteri ganjil itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: New Delhisemuttelinga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

06/11/2022
0

NEW DELHI – Pihak berkuasa New Delhi mengarahkan separuh daripada kakitangan kerajaan untuk bekerja dari rumah ekoran kualiti udara yang...

New Delhi Lapor Kes Cacar Monyet Pertama

New Delhi Lapor Kes Cacar Monyet Pertama

24/07/2022
0

NEW DELHI: India melaporkan kes cacar monyet keempat, manakala ibu negaranya, New Delhi mencatatkan kes pertama membabitkan wabak itu, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd