• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Akui Perjanjian Pakatan Harapan Cuma Gimik Politik!

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pada 9 Januari lalu di Shah Alam, Selangor cuma gimik politik parti pembangkang untuk meraih sokongan orang ramai.

Ia berdasarkan pengesahan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan daripada PKR, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa perjanjian itu bukan sesuatu yang mutlak hingga mengikat ketiga-tiga parti berkenaan daripada sudut perundangan mahupun perjanjian persafahaman seperti sebuah perlembagaan parti.

“Perjanjian ini bermatlamat memperkasa Pakatan Harapan. Antara fasal terpenting ialah tentang membuat keputusan bersama antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan secara konsensus.

“Perjanjian ini bukan dokumen undang-undang atau perjanjian persefahaman. Ia adalah dokumen politik untuk membentuk kesatuan politik,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Saifuddin mendakwa, Pakatan Harapan tidak memerlukan sebuah perlembagaan parti kerana rakyat sangat yakin dengan gabungan DAP, PKR dan PAN untuk membina kesatuan politik yang utuh walaupun tanpa terikat daripada sudut perundangan.

Dakwanya, kesatuan politik Pakatan Harapan berdasarkan perjanjian itu adalah pra-syarat kepada sebuah pakatan politik yang bersatu padu, progresif dan kuat yang boleh membangun dan membela rakyat.

“Perjanjian ini bukanlah tongkat sakti. Tetapi, ia menjawab kebanyakan persoalan tentang masa depan politik negara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanSaifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd