• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM4 Juta Untuk Hapus Kumbang Merah Palma

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM4 juta mulai tahun ini bagi membendung, mengawal dan menghapus kumbang merah palma (RPW).

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata kumbang tersebut yang mula dikesan sejak 2010, berupaya merosakkan pokok jenis palma seperti kurma, kelapa dan kelapa sawit.

“Kumbang berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menerusi pintu sempadan di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan telah merosakkan 465 pokok kelapa dan 335 pokok kurma di seluruh negara.

“Jika kumbang itu tidak dikawal, kita bimbang ia akan mengancam jutaan hektar tanaman kelapa sawit di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kurma di Kampung Wakaf di sini, hari ini.

Beliau berkata kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat.

“Berikutan itu, kita telah menempatkan 2,465 perangkap feromon di Semenanjung, dan sehingga kini sejumlah 3,013 ekor kumbang berkenaan telah dapat ditangkap,” katanya.

Katanya, jabatan itu akan memperketat Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma tidak sah di pintu-pintu masuk di seluruh negara.

“Tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa dan pokok palma hiasan telah dan sedang dijalankan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Syarikat Madatul Ilmi Sdn Bhd Shamsuddin Mat Daud yang mengusahakan ladang kurma di kampung berkenaan berkata, pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila kesemua tanaman kurma yang diusahakan sejak lima tahun lepas musnah sama sekali akibat serangan kumbang pemusnah itu. – BERNAMA

Tags: Pertanian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Kedah Tahan 4 Warga Thailand Di ICQS Bukit Kayu Hitam

Next Post

Video: Penyamun Kian Berani, Lompat Pagar Di Setapak

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

Next Post

Video: Penyamun Kian Berani, Lompat Pagar Di Setapak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd