• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
30/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka terus berada dalam lingkungan mengukuh minggu depan, didorong pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016.

Ketua Pendapatan Tetap dan Penyelidikan Ekonomi Hong Leong Bank, Choong Yin Pheng berkata, sentimen positif membabitkan harga minyak mentah global juga dijangka mempengaruhi pengukuhan ringgit.

“Kami berpendapat, pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 itu mencerminkan senario lebih realistik serta menarik minat pelabur terhadap ringgit. Malah, dengan adanya permintaan domestik yang lebih kukuh, ringgit dijangka akan kekal stabil pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.6 bilion, turut mengurangkan risiko terhadap penarafan negara, kata agensi penarafan Standard & Poor’s Ratings Services.

Pada Khamis, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan 11 langkah bagi menghadapi cabaran situasi ekonomi semasa menerusi pengubahsuaian Bajet 2016 selain memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras tertingginya dalam tempoh tiga setengah bulan apabila berada pada 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong terutamanya oleh kenaikan harga minyak mentah.

Ia turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Bagi perbandingan mingguan, unit tempatan itu terus mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.1500 daripada 4.2950/2040 pada Jumaat minggu lepas.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9143/9228 daripada 3.0073/0157 dan meningkat berbanding yen kepada 3.4337/4429 daripada 3.6309/6388.

Ringgit turut naik berbanding euro kepada 4.5206/5323 daripada 4.6566/6673 serta tinggi berbanding pound British pada 5.9598/9758 daripada 6.1238/1384. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd