• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat IS Di Kedah

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis di sebuah pasar raya di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat dalam kumpulan militan Daesh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata remaja berkenaan ditahan semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 dan kini dihantar ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Khalid berkata polis bertindak menahan remaja berkenaan yang berpakaian serba hitam dengan mukanya ditutup “ala-ala IS” selepas dia didapati cuba menakut-nakutkan seorang wanita dengan memegang pisau di pasar raya berkenaan.

“Remaja berkenaan merupakan pelajar di sebuah sekolah agama di Sungai Petani dan didapati terpengaruh dengan dakyah IS di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu tidak berniat mencederakan wanita berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata insiden sedemikian amat merisaukan dan menunjukkan bahawa pengaruh militan Daesh bukan satu mainan wayang dan sebagainya.

“Saya berharap rakyat Malaysia sedar bahawa ia satu ancaman yang benar dan perlu berhati-hati. Ancaman IS ini memang wujud dan memerlukan perhatian semua pihak dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata pihaknya telah mengambil tindakan dan berjaya menahan seramai 82 anasir Daesh sepanjang tahun lepas, dengan 73 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

“Angka ini jelas menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2014 yang menyaksikan 59 tangkapan dilakukan dengan 47 daripadanya adalah warga tempatan.

“Peningkatan tangkapan ini menunjukkan elemen IS semakin mendapat tempat di kalangan golongan pesimpati dalam masyarakat kita dan polis akan terus melipatgandakan usaha untuk memastikan elemen ini tidak kekal menapak dan berkembang di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Militanremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd