• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lari Dari Tahanan IPD Pekan Diburu

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis memperhebatkan gerakan memburu seorang remaja lelaki berumur 19 tahun yang melarikan diri ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan kira-kira 7.30 malam Selasa lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata hasil maklumat dan risikan, polis telahpun mengenal pasti kedudukan suspek, namun masih belum melakukan tangkapan.

“Kita tidak nafikan ada unsur kecuaian dua anggota dan pegawai polis dalam kes ini dan tindakan tatatertib akan dilakukan sebaik siasatan kes ini selesai.

“Untuk sementara waktu, kedua-duanya diberikan tugasan pejabat sahaja ,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira Negara serta orang kelainan upaya (OKU) di sini hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, suspek yang berasal dari Yan, Kedah dan dipercayai terlibat dengan kegiatan curi motosikal di Hospital Pekan bertindak melarikan diri dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

Dalam perkembangan lain, Sharifuddin berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi mengenal pasti identiti tiga penjenayah yang melakukan kegiatan samun bersenjata api malam Isnin lalu.

Katanya usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dilakukan termasuk dengan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9).

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, seorang lelaki berusia 31 tahun parah selepas ditembak tiga das ketika dia dalam perjalanan menuju ke kenderaannya selepas mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank itu. – BERNAMA

Tags: remajaTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd