• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qu Puteh Whitening Pro 9 Tidak Lagi Dibenarkan Dijual

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran Vida Beauty dihentikan jualan serta-merta kerana mengandungi racun berjadual raksa pada paras tinggi.

Pada masa sama, syarikat kosmetik bumiputera Islam itu diberi tempoh selama 72 jam untuk menarik balik stok mereka daripada pasaran tempatan.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 kerana merkuri boleh memudaratkan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Jumaat berkata produk itu telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

“Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

“Merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak atau bayi dalam kandungan,” katanya.

Baca: Brunei Haramkan Penjualan Produk Qu Puteh Kerana Ada Merkuri

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah membuat ujian ke atas produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

Hasilnya menunjukkan satu produk – Qu Puteh Whitening Pro 9 – mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

Beliau berkata notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan arahan sudah diberikan kepada syarikat berkenaan.

“Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannnya dengan serta-merta,” katanya.

Dr. Noor Hisham memberi amaran pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM25,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Tempoh penjara dan denda bertambah untuk kesalahan berikutnya.

Selain itu, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1JVrHVTbwfk[/wpdevart_youtube]

Tags: Qu Puteh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shahrom Mahu Kejayaan Kutub Selatan Jadi Inspirasi Belia Felda

Next Post

Bomba Dijangka Terima Dua Buah Helikopter Pada 2017

Related Posts

Datuk Vida Tarik Balik Produk Dari Pasaran

29/05/2017
0

SUSULAN produk Qu Puteh tersenarai antara produk kecantikan yang mempunyai racun berjadual oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengasasnya, Datuk Seri...

Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM

29/05/2017
0

JENAMA popular yang menjadi buah mulut ramai, Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan satu...

Next Post

Bomba Dijangka Terima Dua Buah Helikopter Pada 2017

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd