• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kosmetik Ambil Masa Beri Kesan – KP Kesihatan

oleh AK-47
26/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa mahu membeli produk kosmetik berdasarkan iklan yang disiarkan di media sosial, media cetak mahupun media elektronik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai perlu memastikan produk yang mahu dibeli adalah dari sumber-sumber yang dipercayai.

Menurutnya, terdapat pelbagai jenama kosmetik di pasaran maka orang ramai harus bijak dan tidak mudah terpedaya dengan dengan iklan-iklan produk kosmetik yang disiarkan.

“Orang ramai tidak boleh mudah terpedaya dengan iklan yang membuat tuntutan yang boleh menunjukkan kesan perubahan ketara dalam jangka masa singkat.

“Ini kerana produk kosmetik biasanya memerlukan masa untuk menunjukkan kesannya. Kehadiran bahan-bahan seperti hidrokuinon dan merkuri dalam produk boleh disyaki jika pengguna mengalami perubahan secara ketara dalam tempoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, berdasarkan pangkalan data produk kosmetik bernotifikasi, sehingga bulan November 2015, terdapat kira-kira 145,000 produk kosmetik bernotifikasi di Malaysia

Justeru, katanya, syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta iklan produk dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi.

Katanya, jika produk-produk kosmetik didapati membuat iklan yang melampaui skop takrifan kosmetik seperti membuat iklan perubatan atau yang mengelirukan maka notifikasi produk kosmetik terlibat akan dibatalkan.

“Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.

“Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal BPFK, syarikat akan diarahkan untuk membuat panggil balik produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KKMkosmetik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd