• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Dengan Najib ‘Agak Positif’, Kata Adenan

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau mengadakan perbincangan yang ‘agak positif’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam mengenai penurunan kuasa kepada negeri ini.

Katanya beliau membangkitkan 13 perkara berhubung peruntukan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri.

“Ini fasa pertama, iaitu mengenai hal-hal pentadbiran. Ada dua fasa lagi yang akan diadakan selepas ini,” katanya pada sidang media yang dibanjiri wartawan di pejabatnya di sini hari.

Menurut beliau, fasa kedua akan berkisar mengenai hak negeri ini (pencerobohan persekutuan terhadap kuasa negeri) dan mengenai hal berkaitan perlembagaan, manakala fasa ketiga mengenai permohonan royalti minyak dan gas negeri ini, kesahan Akta Perairan Wilayah dan Akta Pembangunan Petroleum.

Adenan berkata beliau memerlukan lebih banyak masa untuk berunding mengenai dua fasa lagi.

“Sebab itulah saya minta lima tahun lagi daripada rakyat Sarawak untuk mentadbir negeri ini. Mandat yang lebih kuat pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang akan memberi kepada saya kedudkan lebih kuat untuk berbincang dan berunding,” katanya.

Adenan berkata DAP mungkin ingin menuntut penghargaan kerana memulakan dan membangkitkan perkara ini.

“Tapi, biarlah saya katakan secara terus terang, sayalah orang pertama yang menimbulkan semua perkara mengenai autonomi kita pada 16 Mac 2014 dalam temu bual dengan akhbar The Star. Ia dua minggu selepas saya dilantik sebagai ketua menteri,” katanya.

Beliau berkata apa yang dikatakan sebagai Deklarasi Bintulu DAP, yang didakwa parti itu, merekalah yang mula-mula sekali membangkitkan perkara itu, sebenarnya bertarikh 26 Okt 2014.

“Nasihat saya kepada Chong Chieng Jen, pengerusi DAP negeri, usahlah menuntut penghargaan daripada sesuatu yang tidak beliau lakukan,” katanya.

Adenan berkata, 13 perkara pertama itu akan berkuat kuasa apabila tiba waktu sepatutnya dan bukan dengan serta-merta.

Merujuk kepada tuduhan Chong bahawa beliau tidak berjaya sepenuhnya dalam rundingan itu, Adenan berkata beliau (Chong) perlu bersabar menunggu dua lagi peringkat rundingan.

“Kalau DAP hendak berunding, mungkin kerajaan persekutuan tidak akan membuka pintu langsung,” kata beliau.

Adenan menegaskan sekali lagi bahawa hubungan antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutuan perlu berasakan kepada perlembagaan.

“Hubungan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur berbeza daripada antara Kuala Lumpur dengan, katakanlah, Pahang.

“Mengikut Perjanjian Malaysia, kita sebuah negeri autonomi. Kita tidak menyertai Malaysia. Kita adalah rakan yang setara dalam pembentukan Malaysia. Sebelum Perjanjian Malaysia, belum ada lagi Malaysia untuk disertai,” kata Adenan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat Sarawak bukan rakan setara, tetapi katanya, “secara umumnya, kita setara”.

Beliau berkata Sarawak perlu bertegas tentang kedudukan autonominya sepanjang masa, tetapi ia bergantung sekuat mana ia menekankan tentang haknya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]K8KGa4pzxQ0[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Kedai Roti Maut Digilis Treler

Next Post

Chong Wei Kekal Di Tangga Kelima Ranking Dunia

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Chong Wei Kekal Di Tangga Kelima Ranking Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd