• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Online Wajib Daftar Syarikat – SSM

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bagi mengelakkan wujud kes penipuan melibatkan pengguna.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan menipu pembeli dengan menjual barangan tiruan.

“Kita memahami bahawa aktiviti perniagaan online ini semakin mendapat perhatian ketika ini, namun kita harap mereka yang terlibat supaya mendaftarkan syarikat mereka dengan SSM.

“Pendaftaran syarikat ini penting kerana ia bukan sahaja untuk memastikan perniagaan secara online dapat dikembangkan di negara ini, tetapi untuk memastikan perlindungan kepada para pengguna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival ‘ONE SSM’ di Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahad Fenner dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan.

Beliau berkata selain itu, langkah tersebut juga dapat memudahkan pengguna memeriksa profil syarikat berkenaan sebelum membuat pembelian.

Mengulas lanjut, Alias berkata sebanyak 30,000 perniagaan dalam talian telah didaftarkan di bawah SSM dalam tempoh 2012 sehingga semalam.

“Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 6,389 buah syarikat perniagaan online didaftarkan oleh SSM berbanding pada 2014 iaitu hanya 2,690.

“Ini merupakan perkembangan positif dan kita harap pada tahun ini lebih banyak syarikat dalam talian berdaftar dengan SSM.

“Dalam tempoh 2015, kita juga telah mengambil tindakan terhadap 478 pemilik perniagaan dalam talian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)kerana gagal mendaftarkan syarikat.

“Rekod menunjukkan jumlah itu berkurangan berbanding 553 pada 2014,” katanya. – BERNAMA

Tags: peniaga onlineSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan

Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan

16/03/2023
0

Iskandar Puteri : Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kes samun di Puteri Harbour di sini, Isnin lalu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd