• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Gembira Operasi Pembersihan Bermula

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penduduk Taman Kampung Padang 2 di sini, kawasan yang menjadi laluan lori bauksit dari Bukit Goh ke pelabuhan, melahirkan rasa gembira melihat operasi pembersihan sisa bauksit dilakukan hari ini.

Seorang penduduk yang juga pengusaha kedai makan di situ, Milawati Abdul Samad, 41, berkata beliau bersyukur kerana masalah yang dihadapi mereka mendapat perhatian kerajaan, selepas isu berkenaan disiarkan media.

“Kerajaan memberi maklum balas ke atas kami, berbanding pihak lain yang hanya bercakap namun tiada jalan penyelesaian diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Milawati yang sudah dua tahun berniaga di situ berkata beliau tidak sabar untuk menunggu ‘persekitaran yang lebih bersih’ apabila tempoh moratorium bermula esok, yang bakal menyaksikan tiada lagi lori muatan bauksit melalui depan kedainya.

Beliau berharap kerajaan dapat mencari penyelesaian jangka panjang terhadap permasalah itu, supaya masalah sama tidak berulang selepas tempoh moratorium berakhir tiga bulan akan datang.

“Saya berniaga dan tak dinafikan pendapatan saya akan berkurangan jika pemandu lori bauksit tiada. Tapi, kesihatan diri dan keluarga lebih penting,” katanya.

Seorang lagi penduduk Mohd Nasir Che Mad, 50, mengakui terkejut apabila melihat ramai anggota bomba, kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd serta jentera bomba ‘berkumpul’ di simpang masuk taman perumahan itu.

Beliau memuji tindakan itu sebagai ‘tepat pada masanya’ dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencari penyelesaian masalah berkenaan kerana mereka sudah tidak sanggup untuk ‘bernafas dalam debu’.

“Saya naik motosikal untuk ke tempat kerja. Apabila semakin banyak lori bauksit melalui jalan ini, saya mula mencari jalan alternatif untuk pulang ke rumah kerana tidak mahu menyedut terlalu banyak debu,” katanya.

Seorang pengurus projek Shamizi Mohammad, 45, berkata beliau tidak sabar untuk membuka kembali tingkap rumahnya, selepas lama tidak berbuat demikian kerana tidak mahu debu bauksit masuk ke dalam rumah.

“Sekurang-kurangnya hari ini kami sudah boleh menikmati jalan raya warna hitam, bukan dipenuhi habuk merah,” katanya.

Operasi pembersihan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilaksanakan sebulan mulai hari ini, melibatkan kawasan perumahan dan jalan raya yang terjejas teruk akibat perlombongan bauskit.

Operasi yang bermula pada 10 pagi itu secara keseluruhan melibatkan 100 petugas bomba, MPK, Alam Flora dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F6dAh99sLlE[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd