BEKAS pemain skuasy kebangsaan, Mohd. Azlan Iskandar menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, pemilik butik Shoes Shoes Shoes, Yiulin selamat melahirkan anak perempuan, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan Azlan menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi dan bayinya diberi nama Ava Aaliya. Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan, Zara Aaliya, 2 tahun.
#zaraaaliya be like… ” oh no adik is coming” lol A photo posted by Azlan Iskandar (@azziskandar) on
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan aktres, Scha Al-Yahya turut menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

