• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Penyiasat Dibentuk Siasat Kejadian Feri Berlanggar

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Sebuah pasukan penyiasat daripada Jabatan Laut telah dibentuk bagi menyiasat kejadian feri penumpang yang hampir karam setelah berlanggar dengan tongkang di perairan Labuan Haji kira-kira 0.25 batu nautika dari jeti Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Abdul Nasar Abdul Hadi berkata pasukan penyiasat berkenaan akan menyiasat dari pelbagai sudut setelah mengumpul maklumat daripada pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Kami telah menerima laporan kemalangan dari pihak feri terlibat dan ada sebahagian anggota pasukan ini telah bergerak ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Kita akan siasat punca kemalangan termasuk mengumpul maklumat dari nakhoda kapal dan tongkang yang telah dilanggar. Tetapi buat masa ini tongkang tersebut tidak dapat dikesan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Pegawai Daerah Semporna, Dr Chaco Bulah memuji tindakan pantas pelbagai agensi keselamatan yang memberi bantuan dan bertungkus lumus menyelamatkan penumpang serta barangan mereka.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, sebuah feri penumpang ‘MV Zuhairi Port Kelang’ yang mengangkut 160 penumpang iaitu 50 orang warga Malaysia dan 110 orang warga Filipina dari Bongau, Kepulauan Tawi-Tawi, Selatan Filipina dilaporkan berlanggar dengan sebuah tongkang kosong yang tidak memasang lampu.

Turut terdapat 10 penumpang kanak-kanak di dalam feri tersebut.

Beliau berkata 24 orang penumpang yang cedera akibat kejadian itu telah diberi rawatan di Hospital Semporna.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata insiden tersebut masih dalam siasatan dan hasil siasatannya akan dimaklumkan kelak.

“Ia masih dalam peringkat siasatan. Kita akan maklumkan nanti apabila kita menerima hasil siasatan daripada pihak (berkenaan) termasuk polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Indeks Belia Sabah 2015.

Beliau berkata tumpuan sekarang ialah untuk memberi bantuan sewajarnya kepada para penumpang feri berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P7tCAIex8G0[/wpdevart_youtube]

Tags: Feri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

15/12/2024
0

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd