• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Tani Di T’ganu Catat Jumlah Jualan RM47.4 Juta Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasar Tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mencatat jualan berjumlah RM47.4 juta tahun lepas, melebihi sasaran sebanyak RM46 juta yang ditetapkan.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan pasar tani mencapai RM50 juta, berdasarkan beberapa buah pasar tani baharu yang bakal diwujudkan tahun ini.

“Antara faktor peningkatan jualan pasar tani berjaya melebihi sasaran di Terengganu tahun lepas adalah promosi jualan turun harga dan kempen makan buah-buahan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Hasan selain itu, Fama juga mewujudkan beberapa buah pasar tani baharu tahun lepas iaitu pasar tani Tepoh, pasar tani KT Walk dan pasar tani Bazar wanita 1Malaysia.

Sehingga kini Fama telah mewujudkan 30 buah pasar tani di seluruh Terengganu yang memberi peluang perniagaan kepada 1,369 orang usahawan, khususnya petani dan nelayan.

Bagi tahun 2016, Hasan berkata Fama bercadang mewujudkan beberapa buah lagi pasar tani baharu iaitu di Kampung Darau; Besut, Binjai Rendah; Marang, Ketengah Jaya; Dungun, dan Jalan Sultan Omar di sini.

“Setiap pasar tani tersebut akan memberi peluang perniagaan kepada 150 orang,” katanya.

Selain itu, Hasan berkata Fama juga merancang untuk mewujudkan dua pasar tani kekal tahun ini iaitu di Kampung Nyior Tujuh, Besut yang dijangka beroperasi Jun ini dan Pasar Tani Kekal Tepoh yang kini dalam proses pembinaan.

Katanya kedua-dua pasar tani kekal tersebut masing-masing menelan belanja RM2.5 juta dan RM1.5 juta.

Beliau berkata barangan yang dijual di pasar tani di Terengganu ialah buah-buahan, sayur-sayuran, ikan laut dan ikan air tawar, daging ayam, daging lembu dan barangan industri asas tani yang dihasilkan penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: Pasar TaniTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd