• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Benarkan Jualan Vape – MB

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk membenarkan penjualan produk dan bahan rokok elektronik atau vape di negeri ini, dengan mengambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagaimanapun kerajaan negeri bersetuju untuk mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan orang Islam, selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

“Kita hidup dalam berbilang bangsa dan agama, jadi penjualannya kita tak sentuh apa-apa, sehinggalah pada satu ketika nanti jika ada apa-apa arahan atau keputusan daripada Kerajaan Persekutuan menyatakan vape ini sesuatu yang tidak boleh dijual secara terbuka … kita akan ikut.

“Kita tidak mahu polemik yang bukan-bukan kerana vape ini ada isu-isu yang berlainan, iaitu isu penggunaan dan isu penjualan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini.

Beliau berkata walaupun vape telah difatwakan haram kerana banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan, namun ia terpulang pada individu itu sendiri, sama ada hendak terus hisap atau berhenti.

“Saya harap badan penguat kuasa jangan pula pergi tangkap orang (Islam) yang hisap vape di tempat awam kerana ia belum diwartakan lagi.

“Untuk mereka yang menghisap vape pula, mereka tidak boleh menghisap vape di kawasan larangan merokok,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qRyB_uShbvY[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd