KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan tokoh agama yang tidak layak untuk menentang ekstrimis di negara ini.
Kata beliau, tokoh agama tersebut adalah Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang juga Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Mohd. Asri turut membayangkan Zamihan sebagai seorang pelampau agama kerana mudah mengkafirkan, menyesat dan mencerca individu lain.
“Pelampau agama merupakan seseorang yang mudah mengkafirkan, menyesat dan mencerca individu lain disebabkan perbezaan pandangan.
“Apa yang pelik, pihak Dato Ayob Khan (dari PDRM) berganding bahu dengan individu dalam video ini untuk menentang ekstrimis. Layakkah penceramah seperti ini menentang ekstrimis,” katanya menerusi laman Facebook beliau semalam.
Laman Facebook itu turut memuatnaik video ceramah oleh Zamihan yang berdurasi 1.37 minit untuk menyokong dakwaan tersebut. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]RU67nqMzLHc[/wpdevart_youtube]

