• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Messi Cipta Sejarah Pemain Terbaik Dunia 5 Kali

oleh
13/01/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH – Bintang skuad Barcelona, Lionel Messi dinobat sebagai pemain terbaik di dunia setelah memenangi Anugerah FIFA Ballon d’Or dalam satu majlis yang diadakan di bandar raya Switzerland ini malam 11 Januari.

Dengan kemenangan tersebut, Messi berjaya merampas semula anugerah berprestij itu daripada pemenang tahun lalu iaitu bintang Portugal dan seterunya dari kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Anugerah penghormatan tertinggi badan induk bola sepak dunia berkenaan adalah yang kelima bagi Messi yang pernah memenanginya buat empat kali berturut-turut dari 2009 sehingga 2012.

Bintang Brazil iaitu Neymar, rakan sepasukan Messi di Barcelona, menduduki tempat ketiga dalam undian dalam kalangan jurulatih pasukan kebangsaan, kapten pasukan dan juga para wartawan.

“Ia satu kejayaan yang sangat manis bagi saya, lebih-lebih lagi selepas dua tahun berturut-turut ia dimenangi oleh Cristiano Ronaldo,” kata Messi yang berusia 28 tahun.

“Ia juga sungguh menakjubkan bagi diri saya sendiri untuk memenanginya buat kali kelima. Anugerah Ballon d’Or ini sungguh bermakna bagi saya.”

Messi yang mengundi bagi rakan sepasukannya di Barcelona, Luis Suarez, memperolehi 41 peratus undi, sementara Ronaldo mendapat 28 peratus undi dan Neymar hanya 8 peratus undi.

Dia dianggap sebagai memainkan peranan besar dalam membantu Barcelona menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah, La Liga dan Piala Raja Sepanyol pada musim lalu.

Baru-baru ini, Messi juga memainkan peranan penting dalam membantu gergasi bola sepak Sepanyol itu menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA pada bulan lalu.

Meskipun menjadi pemain pertama di dunia untuk memenangi anugerah itu sebanyak lima kali, Messi ada mengatakan sebelum ini bahawa dia ingin sekali menjuarai Piala Dunia FIFA bersama pasukan Argentina.

“Anugerah berpasukan lebih penting daripada anugerah peribadi,” tegas Messi yang turut mendedahkan bahawa memenangi Piala Dunia semestinya menjadi matlamat setiap pemain.

“Kejayaan dalam memenangi Piala Dunia menandakan seseorang pemain itu sudah berjaya sampai ke puncak kejayaan,” jelas Messi lagi.

Messi dan pasukan Argentina hampir-hampir memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil apabila berdepan dengan Jerman. Argentina bagaimanapun ditewaskan 1-0 dalam perlawanan akhir.

Sementara itu, pengurus Barcelona, Luis Enrique dinobat jurulatih terbaik, menewaskan pengurus Bayern Munich Pep Guardiola, yang juga pernah memimpin Barcelona. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cristiano RonaldoLionel Messi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd