• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Wujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan mewujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah di pusat bandar raya ini untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata projek pembangunan di kawasan seluas 40.5 hektar itu meliputi sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Ali, Pengkalan Rama dan Kampung Morten.

“Pembangunan ini dijangka mengambil masa kira-kira lima tahun dan langkah ini untuk membangunkan semula kawasan Hang Tuah dengan pelbagai aktiviti sosio-ekonomi yang dapat menyumbang kepada masyarakat setempat dan negeri ini.

“Institusi pengajian tinggi yang telah dibangunkan di kawasan ini akan dikekalkan kerana kita juga ingin mewujudkan bandar universiti dengan tumpuan lebih banyak institusi pengajian tinggi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan baharu Yayasan Melaka di Jalan Tun Ali di sini. Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Zaini Md Nor.

Idris berkata semua bangunan milik Perbadanan Ketua Menteri terutamanya di Jalan Hang Tuah akan dinaik taraf untuk menepati standard negara maju.

Katanya kerajaan negeri turut mengalu-alukan pemaju yang berminat untuk mewujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah dengan mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

Sementara itu, katanya pembangunan Yayasan Melaka setinggi 25 tingkat yang bernilai RM120 juta dan dibangunkan dalam tempoh dua setengah tahun itu dilihat akan menjadi pemangkin dalam mewujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah.

“Bangunan berkonsepkan bunga kantan ini akan menggunakan empat tingkat sebagai pejabat baharu manakala bakinya akan dijadikan hotel dengan 252 buah bilik yang sekurang-kurangnya bertaraf empat bintang,” katanya.

Beliau berkata pembinaan hotel itu akan memberi peluang kepada Yayasan Melaka untuk menjana pendapatan melalui sektor perhotelan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vAXcxHJrxmI[/wpdevart_youtube]

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd