• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sambut 2016 Dengan Keunikan Tersendiri

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia menyambut 2016 dengan pelbagai acara termasuk menyaksikan persembahan bunga api mempesonakan, selain menghadiri majlis keagamaan bagi mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara dalam menghadapi tahun baru yang dijangka penuh cabaran.

Beribu-ribu rakyat negara ini dan warga asing membanjiri lokasi tertentu di seluruh negara untuk menyertai acara-acara yang diadakan termasuk konsert sebelum sama-sama menghitung detik 12 tengah malam.

Sambutan Ambang Tahun Baharu di ibu negara berlangsung di kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas, pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang dan The Curve di Damansara serta beberapa lokasi lain.

Langit Kuala Lumpur turut bermandikan cahaya dengan percikan bunga api sejurus tiba detik 12 tengah malam yang menandakan bermulanya 2016.

Dalam pada itu, umat Islam membanjiri Dataran Merdeka untuk menyertai program ‘Kuala Lumpur Berselawat Wilayahku Ceria’ yang juga dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis itu, yang padat dengan selawat, nyanyian nasyid, alunan qasidah dan lagu kerohanian, diserikan dengan kehadiran tokoh nasyid nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf.

Majlis itu dianjurkan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Majlis Agama Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Selain itu, aktiviti keagamaan sempena tahun baharu turut berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuil Buddha Sri Lanka serta gereja di sekitar ibu kota.

Keadaan keselamatan dan trafik juga terkawal dengan kira-kira 300 anggota polis trafik Kuala Lumpur ditugaskan mengawal keadaan lalu-lintas di jalan-jalan utama.

Di PUTRAJAYA, program Kesenian Islam Ambang Tahun Baharu 2016 diisi dengan bacaan Yasin, tahlil, doa selamat, forum Bicara Santai serta persembahan nasyid berlangsung di Masjid Putra.

Di SELANGOR, penduduk Shah Alam membanjiri i-City untuk menyambut kedatangan 2016 sambil disajikan dengan persembahan bunga api tepat detik 12 tengah malam.

Di PAHANG, hampir 1,000 peserta mengambil bahagian dalam acara ‘2016 New Year Nite Ride’ anjuran Majlis Perbandaran Kuantan melibatkan kayuhan berbasikal sejauh 35 kilometer mengelilingi bandar Kuantan hingga ke Pantai Teluk Cempedak.

Sementara itu, kira-kira 700 penganut Kristian menghadiri upacara keagamaan sempena tahun baharu di Gereja St Thomas, di bawah pimpinan Paderi Patrick Boudville.

Program Kuantan Berselawat yang berlangsung serentak dengan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 pula menarik perhatian masyarakat Islam setempat. – BERNAMA

Tags: MalaysiaTahun Baru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd