• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Ditemui Lemas Berhampiran Jeti Bagan Datoh

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang Selasa lalu ditemui lemas berhampiran Jeti Bagan Datoh pagi tadi.

Mayat Mohd Fairul Nizam Ahmad, 37, dari Kampung Sungai Haji Muhamad Batu 22, Selekoh di sini dijumpai terdampar di sebuah tebing sekitar perairan Kayan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira pukul 11.50 pagi.

Pegawai JPAM Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi beliau dilaporkan lemas.

“Lima agensi keselamatan termasuk nelayan terlibat dalam usaha pencarian. Kita memperluaskan operasi pencarian di sekitar 10 kilometer dari kawasan jeti,” katanya kepada Bernama.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang difahamkan mengalami tekanan perasaan sempat menyerahkan barang peribadinya kepada seorang kaki pancing sebelum dia bertindak terjun ke muara Sungai Perak dari Jeti Bagan Datoh. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penghantar Piza Perlu Tahu Hak Mereka – Datuk Nadzim Johan

Next Post

Video: Satu Keluarga Kantoi Cuba Curi Tabung Masjid

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

Video: Satu Keluarga Kantoi Cuba Curi Tabung Masjid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd