• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dakwa Dirinya Anggota Daesh Diarah Jalani Ujian Mental

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota kumpulan pengganas Daesh dan membawa bom ke Kementerian Pertahanan (Kementah) Rabu lepas, menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Majistret Husna Dzulkifly mengeluarkan perintah itu terhadap Muhammad Hudzaifah Shubli Yasin, 30, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA), untuk pemerhatian status mental selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Husna membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar supaya tertuduh dirujuk ke hospital itu untuk penilaian kesihatan mental.

Terdahulu, Muhammad Hudzaifah Shubli mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan ketakutan apabila memberitahu kepada seorang anggota tentera bahawa dia membawa bom di pintu pos pengawal Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, Wangsa Maju, pada 8.10 malam 20 Jan lepas.

Tertuduh yang juga calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012 di UIA didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia yang ketawa di kandang tertuduh sepanjang prosiding berlangsung, tidak menjawab pertanyaan majistret ketika ditanya tetapi membuat bising di dalam mahkamah sambil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.

“Sila senyap mahkamah sedang bersidang, kamu perlu dengar dahulu pertuduhan,” kata majistret tetapi tidak diendahkan lelaki itu yang terus bising.

Suasana menjadi gamat apabila Muhammad Hudzaifah Shubli yang berbaju kemeja petak oren langsung tidak menjawab soalan daripada Husna malah menceritakan bahawa kejadian yang berlaku bukan salahnya.

“Saya tak tahu. Saya faham pertuduhan itu tapi ianya perlu diperbetulkan. Beringatlah, saya paling tidak suka jika ada yang cuba membuat provokasi kepada saya,” katanya dengan nada suara yang tinggi selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Husna: “Kes kamu dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian”.

Tertuduh: “Tanjung Rambutan? Boleh tak kalau saya nak pergi ke HKL (Hospital Kuala Lumpur), doktor pakar saya ada di situ, boleh tak?”

Husna memberitahu tertuduh bahawa kesnya dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan.

Semasa dia dibawa ke lokap, Muhammad Hudzaifah Shubli berselawat sambil berkata kepada Husna: “Saya tidak takut dan gentar dengan kuasa makhluk di muka bumi ini, saya hanya takut dengan kuasa Allah. Allahuakbar!”

Mahkamah menetapkan 29 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mengetahui laporan perubatan kesihatan tertuduh.

Pada 20 Jan lepas, akhbar melaporkan seorang lelaki ditahan kerana mengaku sebagai anggota kumpulan pengganas Daesh dan mendakwa membawa bom ke Kementah setelah tiba di pos pengawal kementerian itu dengan menaiki sebuah teksi. – BERNAMA

Tags: lelakiMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UniMAP Ditauliah Sebagai Pusat Latihan Dual Nasional

Next Post

Perak Cadang Kawasan NCER Di Negeri Itu Diperluas – Zambry

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Next Post

Perak Cadang Kawasan NCER Di Negeri Itu Diperluas - Zambry

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd