• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Segera Kepada Polis Jika Syak Penginap Hotel Terlibat Daesh

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengusaha hotel di negeri ini diminta melaporkan segera kepada polis sekiranya mengesyaki penginap hotel mereka berada dalam keadaan mencurigakan yang menjurus ke arah penglibatan dalam aktiviti militan, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab. Ghani.

Kerjasama daripada pihak hotel itu penting untuk mengekang aktiviti Kumpulan Pengganas Daesh supaya tidak terus menular dalam kalangan rakyat negara ini, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah “Ramah Mesra Ketua Polis Pahang Bersama Pengurus-Pengurus Hotel Malaysia Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sharifuddin berkata Polis Kontinjen Pahang menyasarkan sifar kejadian jenayah di hotel di negeri ini pada tahun ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas hanya sebanyak 24 kes jenayah kecurian direkodkan berlaku di hotel di negeri ini dengan daerah Bentong mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 15 kes, diikuti Kuantan (enam) dan kemudian Jerantut, Maran serta Cameron Highlands masing-masing satu kes.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta pengusaha hotel tidak bersekongkol dengan individu yang menjalankan kegiatan haram seperti pelacuran dan perjudian serta menyediakan bilik penginapan kepada pendatang tanpa izin.

“Sejak akhir-akhir ini terdapat hotel atau rumah tumpangan sering dijadikan tempat untuk melakukan jenayah dan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

“Bilik hotel juga digunakan sebagai ‘transit’ untuk merancang aktiviti jenayah termasuk aktiviti ‘perjudian dalam talian’, pengedaran atau penyalahgunaan dadah dan juga aktiviti oleh kumpulan pecah rumah dan curi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, polis akan melakukan Operasi Bauksit 24 jam fasa kedua bermula 12 tengah malam ini bagi mengesan lori-lori bauksit yang ingkar arahan moratorium yang ditetapkan oleh Kabinet sebelum ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rTRW1KYa1HM[/wpdevart_youtube]

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Perlu Pasukan Kepimpinan Dengan Hala Tuju Sama

Next Post

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas Di Jakarta

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

Next Post

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas Di Jakarta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd