MISTERI penyakit gatal dan merah mata yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Catania, Itali, akhirnya diketahui juga.
Rupa-rupanya bulu matanya selama ini dipenuhi dengan kutu kelamin dan telur parasit itu.
Doktor sebelum ini menyangka penyakit yang dialaminya itu disebabkan eczema.
Namun selepas doktor menggunakan dermascope untuk melihat kulit dengan lebih dekat, mereka terkejut apabila mendapati anak kutu kelamin merayap di sekitar bulu matanya.
Selepas mengetahui mengenai kutu itu, doktor dengan segera menggunakan ubat dan krim bagi membunuh kutu berkenaan.
Ubat tersebut perlu disapu empat kali seminggu selama dua minggu.
Doktor yang menulis dalam New England Journal of Medicine menyatakan bulu mata kanak-kanak mewakili kawasan umum serangan oleh kutu yang dalam istilah perubatan dikenali sebagai Phthirus.
“Kutu kelamin ini biasanya dijangkiti apabila kanak-kanak berhubung secara rapat dengan orang dewasa yang mempunyainya kutu.
“Kutu berkenaan menjangkiti kemaluan manusia dan ia sukar dikenal pasti kerana tertanam dalam kulit,’’ kata tulisan dalam jurnal berkenaan.


