• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Bantu Selamatkan Rumah Daripada Dipecah Masuk

oleh AK-47
19/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Atas bantuan seekor kucing, rumah milik seorang kerani yang terletak Pangsapuri Indahria, Jalan Jubli Perak, Batu 3, di sini, terselamat daripada dipecah masuk, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur telah terjaga selepas mendengar kucing peliharaannya tidak henti-henti membuat bunyi bising seolah-olah memberi amaran kepadanya.

Pelik dengan hal itu, mangsa berusia 39 tahun itu kemudiannya bingkas bangun dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan balkoninya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata, suspek yang terkejut apabila kehadirannya disedari tuan rumah telah melarikan diri.

“Suspek terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran tuan rumah dan bersembunyi di dalam rumah sampah di tingkat 6 pangsapuri yang sama.

“Suspek dikejar dan berjaya ditangkap oleh seorang jiran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan awal, pihak polis mendapati suspek merupakan pengawal keselamatan di pangsapuri yang sama yang baharu seminggu bekerja.

Suspek telah direman untuk disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysia Gazette

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=akzko_lyL-U]

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd