• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan P.Pinang Tidak Haram Vape, Masih Cari Jalan Penyelesaian

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di negeri ini dan masih mencari kaedah terbaik bagi memantau penggunaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan produk dan bahan rokok elektronik itu seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.

“Selepas dua minggu mengadakan dialog terbuka dengan pengusaha vape, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan lagi, pengusaha vape masih boleh menjalankan aktiviti mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama pengusaha-pengusaha vape di Pulau Pinang malam tadi.

Antara yang hadir pada sesi dialog itu ialah Pengerusi Penguasaha Vape Pulau Pinang (PPVPP) Muhammad Hafidz Adnan, Presiden Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) Allan Foo dan lebih 30 pengusaha vape negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memastikan keputusan yang akan dibuat nanti adalah adil bagi semua pihak khususnya pengusaha-pengusaha produk dan bahan rokok elektronik atau vape.

Pada 4 Dis lalu, Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape serta sisha difatwakan sebagai haram.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula telah berkali-kali meminta kerajaan negeri supaya mengharamkan vape serta-merta kerana berdasarkan tinjauan, vape telah mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah untuk merokok. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinangvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd