• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Intai Aksi Persahabatan Mac Ini

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merancang mengadakan perlawanan persahabatan, sebelum atau selepas perlawanan terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di tempat lawan, 24 Mac ini.

Tanpa mendedahkan nama pasukan bakal diuji skuad kebangsaan, Kim Swee menegaskan ia penting bagi mengukur prestasi pemain yang bakal dipanggil ke sesi latihan pusat, pertengahan Mac ini.

“Bermula 29 Mac ini adalah perlawanan persahabatan kelas A di bawah kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), jadi kita boleh gunakan waktu itu untuk bermain dengan mana-mana pasukan (dalam menaikkan ranking kita),” katanya.

Kim Swee ditemui pemberita pada hari pertama Simposium Kejurulatihan anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tempoh rehat Liga Malaysia dari 14 Mac hingga 3 April ini, sudah mencukupi untuk beliau mempersiapkan barisan pemain yang mantap untuk berdepan Arab Saudi.

“Ketika itu, saya jangkakan pemain yang dipanggil berada pada prestasi terbaik, namun yang penting apabila mereka dipanggil, tiada masalah kecederaan.

“Walaupun kita tahu perlawanan menentang Arab Saudi sekadar perlawanan pelengkap jadual, kita harus bersiap sedia kerana pasukan lawan sebuah pasukan yang kuat,” kata Kim Swee.

Beliau pada masa sama, menegaskan khidmat pemain senior yang berpengalaman beraksi dalam perlawanan antarabangsa tetap ditagih terutama untuk mengimbangi kekuatan Arab Saudi yang beraksi di laman sendiri.

Peluang Malaysia ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia sudah tertutup selepas menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dalam kumpulan A pusingan kelayakan, dengan hanya mengutip empat mata.

Skuad Harimau Malaya, bagaimanapun masih berpeluang mengintai peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi pusingan kelayakan yang bakal diadakan, Jun ini yang menyediakan 12 kuota. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TBD-hk8_2Ec[/wpdevart_youtube]

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 ‘Pondan Jelita’ Antara 60 GRO Ditahan Di Jalan Kuchai Lama

Next Post

Pastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 Berjalan Lancar

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

Next Post

Pastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 Berjalan Lancar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd