• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Ikat Kontrak Setahun Pemain Brazil, Carlos Kahe

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pasukan Kedah mengikat kontrak pemain dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe selama setahun bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu pada Liga Malaysia 2016.

Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low Han Chow berkata pemilihan Carlos Kahe, 34, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang bermain di Bundesliga Jerman dengan mewakili pasukan Boarussia Monchengladbach selama dua tahun dan beberapa kelab dalam Liga Turki selama tujuh tahun.

Beliau berkata selain tahap kecergasan yang baik, pengalaman luas yang dimiliki Carlos Kahe mampu untuk membantu mengasah jentera serangan skuad Lang Merah yang sebelum ini tumpul.

“Carlos Kahe juga pernah bergandingan dengan rakan senegaranya Sandro Da Silva (pemain Kedah) dalam sebuah kelab di Brazil. Jadi ini merupakan kelebihan dari segi persefahaman dalam pasukan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut pemain import itu yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini malam tadi dan turut disambut oleh kira-kira 100 penyokong setia skuad Lang Merah.

Carlos Kahe yang bermain pada posisi serangan berkata beliau gembira dan teruja menyertai pasukan Kedah musim ini dan berjanji akan memberi yang terbaik sepanjang perlawanan kali ini.

Carlos Kahe yang menjaringkan 73 gol sepanjang tujuh tahun di Liga Turki berkata beliau mengenali pasukan ini menerusi rakan senegaranya Sandro dan berharap akan cepat menyesuaikan diri bersama pasukan tersebut.

“Lima tahun saya bermain dengan Sandro di Brazil dan bila ditawarkan untuk bermain dengan pasukan Kedah, saya bersetuju. Tugas saya untuk jaringkan gol dan saya akan lakukan yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd