JANGAN bimbang berita ini tiada dilaporkan dalam mana-mana portal propembangkang kerana cerita buruk sebegini hanya layak untuk BN sahaja, sedangkan mereka mesti diberi persepsi bersih, suci dan baik-baik belaka.
Namun pendedahan portal AgendaDaily baru-baru ini mendedahkan sesuatu cukup ditakuti pihak pembangkang dan amat mengejutkan ramai penyokong mereka yang selama ini amat ta’asub dengan kebencian terhadap BN.
Persoalannya, di manakah tahap pemikiran pimpinan kanan sayap PKR ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan lucah kepada ahlinya yang hanya mendesak presiden parti untuk campur tangan dalam satu isu?
Adakah kerana mahu Wan Azizah Wan Ismail masuk campur menyelesaikan kemelut melibatkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan seorang ahli seumur hidup parti, Chegubard, wanita ini diaibkan sedemikian teruk?
Sumber memberitahu portal BNBBC.my bahawa Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin Mohamed telah secara terbuka memalukan kehormatan salah seorang anggota exconya sendiri, Halimah Nasoha.
Penghinaan yang berbaur lucah itu dinyatakan menerusi aplikasi Whatsapp Group ‘Angkatan Muda KEADILAN’ dengan beliau tergamak mengeluarkan komen menerusi perkataan tersirat yang jelas berunsur tidak elok.
Dalam printscreen yang dihantar sumber, Zainol dikatakan memberi komen dengan merujuk terhadap gambar Halimah beserta tiga rakannya yang lain dikatakan ingin melakukan tarian senamam lincah terkenal Zumba.
Zainol Abidin dilaporkan telah berkata ‘Suruh dia tutup buah dada dulu sebelum nak cabar mencabar nie’ dan ‘kelapa tua banyak santan’ yang ayatnya itu adalah jelas merujuk kepada penampilan tubuh fizikal Halimah
Dalam gambar itu Halimah; yang kemudian dipecat sebagai anggota exco AMK Pusat – ditonjolkan memakai baju berwarna putih dengan tiada berlengan sambil memeluk beberapa rakan di sebelahnya ketika mereka bergambar.
Komen Zainol Abidin itu susulan beliau tidak berpuas hati apabila Halimah membuat kenyataan tanpa melalui saluran AMK agar Presiden PKR campur tangan dalam pertelingkahan membabitkan Azmin dan Chegubard.
Ini kerana Chegubard dilihat suka kritik penyelewengan pentadbiran Menteri Besar Selangor itu seperti isu Darul Ehsan Investment Group, pintu gerbang Kota Darul Ehsan dan pemberian kawasan balak konon tender terbuka.
Malah Halimah dalam kenyataannya itu turut mencabar Azmin supaya segera mengheret Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ke mahkamah sekiranya setiap dakwaan jahat tersebut adalah tidak benar.

“Presiden atau Pengerusi Disiplin parti harus bertindak segera memanggil kedua-dua watak ini bagi diberi ruang untuk mereka memberikan penjelasan dan hujah masing-masing serta dicari jalan penyelesaian terbaik.
“Jika dakwaan Chegubard konon dia telah menulis aduan kepada parti adalah benar, maka ia tidak wajar berlaku. Kenapa aduan beliau dibakul sampahkan begitu sahaja?†soal Halimah dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Chegubard ketika dihubungi BNBBC.my enggan mengulas isu berkenaan, namun memetik kenyataannya menerusi laman sosial Facebook, beliau berasa amat sedih dengan tindakan pemimpin muda PKR.
Badrul Hisham merujuk langsung mesej terbuka Zainol Abidin menerusi Whatsapp Group itu yang jelas memberi komen berbaur lucah, seksis serta menunjukkan minda patriaki mereka terhadap teguran ikhlas oleh Halimah.
“Bukan isi kenyataan dibincang tapi lucah dan penghinaan peribadi dikeluarkan. Dengarnya usaha pemecatan ‘back dated’ ke atas Halimah sedang diusahakan,†ujar beliau lagi yang terbukti akhirnya memang benar berlaku.
Tidak sampai 24 jam kenyataan Halimah itu disiarkan, Ketua AMK Pusat, Afif Bahardin telah menyatakan bahawa wanita tersebut telah dipecat serta-merta daripada jawatan exco Majlis Pimpinan Pusat AMK secara automatik.
Ini kerana di bawah Perkara 7.14 dalam Peraturan Tetap AMK, Halimah didapati mengeluarkan kenyataan yang tidak mewakili AMK tetapi Afif tidak menyatakan sama ada wanita itu diberi peluang untuk membela dirinya.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA


