• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Perak Kutip Hasil RM1.143 Bilion Pada 2015

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Perak mengutip hasil sebanyak RM1.143 bilion tahun lepas meningkat berbanding RM510.859 juta pada 2014, kata pengarahnya Datuk Awai Mamat.

Beliau berkata peningkatan kutipan hasil itu antara lain didorong oleh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015 selain pengauditan semula ke atas syarikat pengimport.

Pada 2015, sebanyak 27,595 syarikat berdaftar di bawah GST dan bagi tahun ini pihaknya menyasarkan jumlah itu terus bertambah, katanya.

Beliau berkata mencapai matlamat itu, pihaknya telah mengadakan Operasi Jejak GST siri 1/2016 pada 17 hingga 22 Jan lepas.

“Hasil daripada operasi itu, 761 buah syarikat dilawati dan 626 daripadanya diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi khidmat nasihat berkenaan GST.

“Enam kompaun dikeluarkan dengan nilai keseluruhan RM30,000 atas kesalahan yang dilakukan oleh pihak syarikat,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-34 di sini hari ini.

Selain itu, Awai berkata JKDM Perak mengesan sejumlah syarikat yang enggan patuh kepada pembayaran cukai dan dapat mengutip semula cukai yang tidak dibayar sebanyak RM35.6 juta.

Daripada jumlah itu, RM22 juta dikutip oleh Bahagian Pematuhan melalui cawangan auditan, RM7.8 juta diperoleh Bahagian Penguatkuasaan, manakala Bahagian Perkastaman mengutip RM5.8 juta, katanya.

Beliau berkata pihaknya kini turut giat membasmi penyeludupan bagi mengelak kehilangan hasil cukai, dan sepanjang tahun lalu sebanyak 106 kes didakwa di mahkamah.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada operasi mencegah penyeludupan yang dirancang dengan begitu baik dan juga kawalan sempadan negara yang diperketatkan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MBtnhggW2YI[/wpdevart_youtube]

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

44 Penagih Ditahan Dalam Ops Banteras Aktiviti Haram

Next Post

Pelepasan Cukai Manfaat 2 Juta Pembayar Cukai

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Pelepasan Cukai Manfaat 2 Juta Pembayar Cukai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd