• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Fatwa Pahang Haramkan Penggunaan Vape

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Jawatankuasa Fatwa Pahang membuat ketetapan bahawa penggunaan rokok elektrik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada Isnin lepas.

“Jawatankuasa putuskan haram untuk umat Islam di negeri ini menghisap vape,” titah baginda selepas mempengerusikan mesyuarat MUIP di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Keputusan mengharamkan vape di Pahang dibuat selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bulan lepas, yang memutuskan penggunaan vape bagi umat Islam adalah haram.

Mengulas lanjut perkara itu, Wan Abdul Wahid berkata keputusan mengharapkan penggunaan vape adalah berikutan sifatnya yang hampir menyamai rokok yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Berikutan ketetapan itu juga, MUIP telah melarang penggunaanya di semua masjid dan premis di bawah jabatan itu di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan oleh penguatkuasa agama negeri serta pegawai Jabatan Kesihatan negeri.

Sementara itu, satu perhimpunan ulama peringkat kebangsaan akan diadakan di Pahang pada Mei atau Jun nanti, bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan umat Islam termasuk tentang kumpulan militan Negara Islam (IS) dan langkah mengatasinya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]0TEFVdPL6TE[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjasama UMNO-PAS Kukuhkan Kedudukan Kedua-Dua Parti

Next Post

Dua Beradik Jual Dan Proses Air Ketum Ditahan Di Tapah

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

21/10/2024
1

KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual yang memasarkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai peralatan...

Next Post

Dua Beradik Jual Dan Proses Air Ketum Ditahan Di Tapah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd