• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Beralun Bukan Punca Kemalangan Di LPT2

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) bukan berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang beralun, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebaliknya, beliau berkata lokasi kemalangan maut berlaku di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Fadillah berkata penemuan itu diperoleh daripada padanan statistik kemalangan maut dengan nilai Indeks Kerataan Jalan Antarabangsa (IRI) hasil ujian profil yang dijalankan ke atas permukaan jalan di lebuh raya berkenaan.

“Berdasarkan keputusan ujian IRI yang dijalankan pada 8 Jan 2016, didapati nilai IRI bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km adalah mematuhi tahap nilai ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Kementerian juga telah memadankan rekod statistik kemalangan maut dengan nilai IRI dan mendapati lokasi kemalangan maut tidak berlaku di lokasi beralun tetapi di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.

“Justeru, jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2 sepertimana ditemui daripada ujian IRI tersebut,” katanya.

Fadillah berkata kementerian menjalankan dua peringkat ujian IRI di LPT2, iaitu pada 28 Okt lepas bagi jajaran lebuh raya sepanjang 60km, dan pada 5 hingga 8 Jan 2016 bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km.

Menurutnya ujian IRI dijalankan oleh Ikram Paves Sdn Bhd menggunakan Pengimbas Jalan yang mengimbas permukaan jalan dan menyemak jalan menggunakan laser, dan data diperoleh akan dianalisa untuk digunakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan.

Ia merupakan tambahan kepada pemeriksaan rutin yang dibuat ke atas LPT2, katanya.

Fadillah berkata walaupun jalan beralun bukanlah punca kemalangan di lebuh raya berkenaan, permukaan jalan di lokasi terlibat akan terus dibaik pulih dengan menggunakan kaedah kawalan dan menurap semula jalan serta penggunaan bahan-bahan khas.

“Ujian IRI akan diteruskan secara berkala supaya kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sempurna dan strategik mengikut standard dan spesifikasi ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pemanduan bagi pengguna LPT2,” katanya.

Beliau juga berharap pengguna jalan raya dapat memanfaatkan kemudahan jajaran LPT2 secara berhemah dengan mematuhi had laju ditetapkan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0dM7wPSbWmU[/wpdevart_youtube]

Tags: LPT2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd