• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Pertikai Keputusan Peguam Negara – Azalina

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak harus menghormati dan tidak mempersoal keputusan Peguam Negara bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah perkara 145 (3) (Perlembagaan Persekutuan) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan dengan mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.

“Keputusan Peguam Negara dibuat setelah meneliti laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari pelbagai sudut. Oleh itu mana-mana pihak tidak sepatutnya mempersoal keputusan tersebut,” katanya.

Semalam, Mohamed Apandi mengumumkan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. – BERNAMA

Tags: Azalina OthmanPeguam Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayda Jebat Nafi Caras Aiman Hakim Daripada Fathia

Next Post

JPA Nafi Pemotongan Elaun Penjawat Awam

Related Posts

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

Titah Adendum: Peguam Negara Kata ‘Saya Tak Mahu Komen’

08/01/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar enggan mengulas mengenai Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan...

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Next Post

JPA Nafi Pemotongan Elaun Penjawat Awam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd