• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 500 Tan Metrik Barangan Kitar Semula Dikutip Setakat Dis 2015

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 500 tan metrik barangan kitar semula dikutip di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh empat bulan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca yang berkuatkuasa 1 September lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Zulkapli Mohamed berkata, dalam tempoh itu sebanyak 43,979 surat peringatan mesra dikeluarkan kepada orang awam dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka tentang pelaksanaan berkenaan.

“Pelaksanaan ini sedang berada pada fasa kedua iaitu proses mendidik dan menerangkan kepada masyarakat melalui Program Op Mata Hati dan 1,571,641 premis bertanah telah dimaklumkan melalui edaran risalah garis panduan dan penerangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

Sehingga Rabu lepas, sebanyak 226,123 premis telah diperiksa dan Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011, Peraturan 14(2)(b) dikeluarkan kepada mereka yang masih gagal berbuat demikian.

“Sebelum memasuki fasa ketiga di mana tindakan kompaun akan dikenakan bermula 1 Jun ini, pihak kami melalui pegawai penguat kuasa di setiap daerah akan memastikan penerangan mengenai pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca telah diberikan kepada setiap penghuni premis bertanah,” katanya.

Inisiatif pengasingan sisa buangan yang tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Zulkapli berkata penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat seperti pangsapuri juga perlu mengikut pelaksanaan ini seperti yang ditetapkan penduduk bangunan bertanah.

“Mereka perlu memasukkan sisa kitar semula ke dalam sangkar besi yang disediakan syarikat konsesi… penyediaan tong sampah adalah di bawah tanggungjawab syarikat konsesi,” katanya.

Berdasarkan Akta 672, kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di tujuh negeri itu berkuatkuasa 1 Jun 2016. – BERNAMA

Tags: Kitar SemulaSampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

31/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Tindakan lelaki bekas guru yang menjadikan aktiviti mengumpul sampah di dalam kediamannya di Taman Sentosa di sini sejak...

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd