• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Laju, Laluan Baharu Kepada Lori Bauksit

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kementerian Pengangkutan akan menetapkan had laju dan laluan baharu yang boleh dilalui lori membawa muatan bauksit, bagi mengurangkan kesan pencemaran semasa proses pengangkutan bahan mineral itu.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu terkandung dalam penambahbaikan peraturan membawa bauksit, hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang.

Beliau tidak menolak kemungkinan penggunaan kotak hitam atau teknologi terkini lain, jika tiada pilihan lain bagi memastikan tiada lori bauksit dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

“Kita adakan had laju kepada lori kerana ada pemandu yang mahu mengambil lebih banyak trip akan dipandu laju yang membahayakan penduduk dan menyebabkan pencemaran.

“Kita juga akan pastikan semua lori sebelum ke jalan besar perlu dicuci dan ditutup dengan baik serta mematuhi syarat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan bahan bacaan Bahasa Inggeris kepada tujuh buah sekolah di Bentong di sini, hari ini.

Liow, yang juga Anggota Parlimen Bentong, berkata tumpuan juga akan diberi kepada pelabuhan dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk meninjau serta memastikan semua syarat yang ditetapkan dipatuhi agar tiada pencemaran berlaku di laut.

“Kementerian akan memastikan saranan oleh JAS seperti tidak membenarkan bauksit bertaburan dan tidak dijadikan tempat simpanan, menggunakan sistem kepungan supaya debu tidak ditiup angin dipatuhi,” katanya.

Beliau memaklumkan kementerian turut mendapatkan saranan daripada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IM0) berkaitan pengangkutan bauksit di laut kerana pernah berlaku sebuah kapal membawa bauksit yang tidak mengikut peraturan tenggelam sehingga mengorbankan 18 nyawa.

Mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu bauksit, Liow berkata beliau mengalu-alukan perkara itu bagi kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Liow menyeru lebih ramai orang perseorangan dan syarikat swasta untuk membantu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, khususnya kepada pelajar sekolah jenis kebangsaan yang perlu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]h7u1lwFzKJk[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd