GURAUAN kejam dalam tandas di McDonald, di Devon telah menyebabkan kulit seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terkoyak di bahagian kakinya.
Kejadian itu berlaku selepas Kaya Langmead duduk di atas tandas yang diletakkan gam ‘gajah’.
“Anak saya menangis kesakitan dan kulit di bahagian belakang kakinya terkoyak.
‘Dia berlari kepada saya dan memberitahu bahawa dia terlekat di atas tandas duduk’’ kata ibu Kaya iaitu Nicole susulan insiden berkenaan.
Menurut Nicole, sebelum itu dia melihat dua gadis keluar dari tandas berkenaan sambil ketawa.
Jelas Nicole, dia kesal dengan kejadian itu dan sehingga kini terpaksa memujuk anaknya itu yang masih trauma.
Polis kini sedang mengesan dua remaja terbabit yang meletakkan gam di atas mangkuk tandas untuk orang kurang upaya dan kanak-kanak dalam tandas berkenaan.
Dua remaja berkenaan berusia dalam lingkungan 16 ke 18 tahun dan berambut panjang dengan seorang berwarna perang manakala seorang lagi perang gelap. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]I9b0s8LhiH0[/wpdevart_youtube]