WOW… Seorang jurugambar yang pernah merakamkan gambar selebriti terkenal seperti Johnny Deep, Yoko Ono dan Bob Geldoff telah berjaya menjual gambar kentang pada harga RM4.5 juta.
Gambar tersebut dirakamkan oleh jurugambar Kevin Abosch dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan yang tidak didedahkan namanya itu.
Menurut Kevin, dia sendiri malah terkejut dengan pembelian tersebut sekali gus merupakan harga gambar paling mahal yang pernah dijual olehnya.
Gambar terbabit dinamakan oleh Kevin sebagai Potato #345 telah dirakamkan kebetulan ketika sekotak sayur-sayuran organik dihantar ke rumahnya.
Kevin sendiri amat menggemari kentang kerana katanya, seperti manusia, ia mempunyai bentuk berbeza dalam spesisnya.
Gambar ubi tersebut juga merupakan gambar kesukaan Kevin. – Mynewshub.cc
Baca: Kecoh Ubi Keledek Vietnam Jadi Hijau Di Singapura
Juga: UK Hasilkan TomTato, Gabungan Tomato & Kentang
Lagi: Beli Foto Lama Samseng Cuma RM8, Kini RM21 Juta
[wpdevart_youtube]6xpqVmW-ruc[/wpdevart_youtube]