• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dubsmasher, Nizam Rahman Tampil Mohon Maaf

oleh AK-47
05/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBSMASHER terkenal, Nizam Rahman tampil mengeluarkan kenyataan maaf atas tindakannya menghasilkan sebuah video parodi yang mengaitkan kisah mangsa culik, Nur Amirah Athirah, yang baru-baru ini mendapat liputan meluas media dan masyarakat umum seluruh Malaysia.

Baca: Haha Lawak! Dubsmasher Nizam Rahman Ajuk Kes Penculikan

Juga: Tipu Satu Malaysia, Netizen Kecam Gadis ‘Culik’

Kisah Amirah, 14, sebelum ini menjadi sensasi kerana dia telah memalsukan berita yang dirinya telah diculik atas alasan ingin hidup bebas bersama teman lelakinya.

Disebabkan kes ini mendapat kritikan hebat daripada netizen, Nizam Rahman tampil menghasilkan sebuah video parodi yang mengajuk perbualan di antara Amirah dan kakaknya. Perbualan tersebut merupakan suara rakaman perbualan telefon di antara Amirah dan kakaknya sewaktu Amirah ‘diculik.’

Baca: Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

Sewaktu dihubungi Mynewshub sebentar tadi, Nizam mengakui dirinya tidak seharusnya menghasilkan video berkenaan namun dia telah terlepas pandang mengenai isu yang sensitif ini. Katanya, video ini dihasilkan untuk tujuan menghiburkan orang ramai tanpa menyedari impak dan kesannya terhadap keluarga adik Nur Amirah Athirah.

"Saya akan menghasilkan video yang lebih sarat dengan mesej-mesej yang baik seelpas ini."
“Saya akan menghasilkan video yang lebih sarat dengan mesej-mesej yang baik selepas ini.”

Selain itu,  dia juga berkata, “Sebenarnya, ramai pihak lain yang turut menghasilkan video-video parodi yang mengisahkan tentang adik Amirah, tetapi mungkin kerana video saya ini lebih mendapat perhatian, maka ianya mengundang keinginan ramai pihak untuk menontonnya.”

Video yang pada asalnya dikongsikan di laman Facebook miliknya, Nizam Rahman, Nizam Rahman Fan Page, dan instagram, Nizam_Rahman ini telah ditonton hampir satu juta penonton seluruh Malaysia. Ramai juga turut berkongsi video parodi ini atas tujuan tertentu.

Dia berkata lagi, “Saya memohon maaf kepada seluruh keluarga adik Nur Amirah Athirah dan rakyat Malaysia atas kekhilafan ini. Saya juga berjanji tidak akan menghasilkan video yang akan menyinggung hati dan perasaan pihak-pihak lain lagi di masa akan datang.”

Nizam Rahman sebelum ini sememangnya terkenal dengan kebolehannya menghasilkan video-video dubsmash yang menarik dan mencuit hati ramai pihak. Disebabkan usaha kreatifnya ini, laman sosial medianya mendapat perhatian ramai pihak sehingga dirinya dikenali ramai.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sfqNfcBXMEY]

Apapun, kami berharap agar Nizam akan terus menghasilkan video yang kreatif disertakan dengan mesej-mesej yang lebih berguna kepada semua lapisan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=htM1NcEf4Sk]

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QDX75aZjEz8]

Oleh:  SYAFIK JALIL

Tags: dubsmashMalaysiaNizam Rahman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd