• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh Gagal Kembangkan Ideologi Di Selatan Thailand, Kata Pakar

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Cubaan militan Daesh untuk menyebarkan ideologi mereka dalam kalangan umat Islam di wilayah selatan Thailand yang mengalami pergolakan tidak berhasil.

“Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mereka berjaya mewujudkan unit seperti pejuang pembebasan di selatan (Thailand). Ia masih kekal sebagai suatu idea,” kata seorang pakar mengenai hal ehwal selatan Thailand, Prof Dr Jaran Maluleem.

Beliau memberitahu Bernama bahawa sebab utama Daesh gagal menawan hati dan minda umat Islam ialah kebencian penduduk terhadap kekejaman yang dilakukan mereka.

Selain itu, perjuangan umat Islam Thailand adalah lebih bersifat perjuangan setempat, bukan perjuangan keagamaan, katanya.

Jaran, yang menyandang jawatan profesor sains politik di Thammasat University, Bangkok, berkata usaha Daesh untuk merekrut umat Islam Thailand sebagai anggotanya bermula tahun lepas.

Katanya dalang utama yang memainkan peranan untuk merekrut anggota kumpulan militan itu ialah seorang “tokoh agama” yang sering memberi ceramah untuk menyebarluaskan ajaran Daesh.

Kata Jaran lagi: “Saya dimaklumkan bahawa orang itu secara terang-terangan berkata kita perlu mendoakan agar IS (Daesh) kembali bangun untuk berperang (dengan imperialisme Barat). Dia ingin menghasut orang ramai supaya memberi sokongan (kepada Desh).

“Dia juga muncul dalam satu program yang disiarkan sebuah stesen televisyen di selatan Thailand.”

Menurut Jaran, pada mulanya, ramai juga yang tertarik kepada Daesh, tetapi apabila kumpulan itu sering melakukan kekejaman, terutama terhadap orang awam, pengaruhnya mula merosot.

“Umat Islam di selatan sekali-kali tidak boleh menerima keganasan,” katanya.

Jaran, yang pernah menjadi penasihat hal ehwal umat Islam kepada bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ditemu bual selepas berucap pada seminar bertajuk “Keganasan, dari Paris ke Jakarta” di universiti itu.

Selepas berlakunya peristiwa serangan di Jakarta, yang dipercayai angkara sebuah kumpulan tempatan yang bersekutu dengan Daesh dikenali sebagai “Katibah Nusantara”, pihak berkuasa Thailand dikatakan bimbang wilayah di selatan Thailand akan menjadi sarang kumpulan pengganas.

Kebimbangan mereka meningkat apabila tersiar laporan yang mendakwa tiga individu, yang disyaki mempunyai hubungan dengan Daesh, mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin agama di Narathiwat akhir tahun lepas.

Media tempatan memetik Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha sebagai berkata beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Menurut media tempatan, sumber perisikan mengenal pasti tiga suspek berkenaan sebagai seorang rakyat Indonesia, seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura, yang memberi derma kepada sebuah masjid tempatan dan memintanya menyampaikan ajaran Daesh kepada pelajar Daesh.

Jaran berkata, walaupun Daesh menemui kegagalan di wilayah selatan Thailand, namun beliau bimbang kumpulan pengganas itu tidak akan menghentikan cubaannya untuk menyebarkan ideologi sesat mereka di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Brunei. – BERNAMA

Tags: DaeshMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd