MUNGKINKAH hubungan cinta penyanyi sensasi, Miley Cyrus dan bekas tunangnya, Liam Hemsworth bertaut kembali?
Ini kerana baru-baru ini, mereka dikesan meluangkan masa cuti tahun baru dengan meraikannya di negara kelahiran Liam di Australia.
Walaupun dilihat bermesraan, namun sehingga kini kedua-dua selebriti popular ini masih belum memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Miley dan Liam bertemu ketika menjalani penggambaran filem romantik, The Last Song pada 2009 dan sejak itu mereka bermain cinta lokasi sehingga membawa kepada pertunangan.
Namun, hubungan mereka tidak berkekalan lama apabila berpisah tiga tahun kemudiannya. – MYNEWSHUB.CC




