• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Haramkan Penjualan Produk Qu Puteh Kerana Ada Merkuri

oleh AK-47
26/01/2016
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk dua produk jenama Qu Puteh susulan didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Menurut laporan portal The Brunei Times, ujian dijalankan Jabatan Perkhidmatan Farmasi itu mendapati krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9, Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi kandungan raksa atau lebih dikenali sebagai merkuri.

qu-puteh-kosmetik-500x500

Manakala, satu lagi produk pengurusan badan iaitu Chantique Beauty Slimming Herbal dikesan mengandungi bahan kimia dikenali sebagai spironolakton.

Dalam satu kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Brunei, penggunaan merkuri boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal.

Sementara penggunaan spironolakton tanpa penyeliaan boleh menyebabkan rasa dedar, keliru, mengantuk, pening, bengkak payudara, kitaran haid tidak teratur, kejang, rambut gugur dan ruam.

Justeru, kementerian tersebut menyatakan bahawa produk-produk Qu Puter berkenaan yang mengandungi bahan-bahan berbahaya itu tidak dibenarkan diimport dan dijual di pasaran Brunei.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dihukum denda maksimum B$5,000 (RM15,000), atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untitled11

Seperti umum maklum, produk Qu Puteh edaran Vida Beauty Sdn. Bhd. adalah milik usahawan popular, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Berita larangan penjualan produk ini di Brunei pastinya mengejutkan ramai kerana Datuk Seri Vida sering kali muncul di kaca televisyen dan menaja banyak program hiburan berprestij serta menaja pasukan bola sepak Kelatan bagi mempromosikan produknya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=F2579LnfCow]

Tags: Datuk Seri VidaQu Puteh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mukhriz Disingkir, Mungkin PM Kena Ikut Saranan Tun M?

Next Post

Lelaki Buat Duit Daripada Masalah Kulit Dihadapinya

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Lelaki Buat Duit Daripada Masalah Kulit Dihadapinya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd