• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap Dengan Media Asing, Jennifer Lawrence Dikecam

oleh AK-47
14/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Jennifer Lawrence dikecam akibat tindakan biadapnya menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya semasa sidang media bersama pemenang anugerah Golden Globe 2016, semalam.

Sidang media itu diadakan di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles sejurus berakhirnya malam gala acara anugerah gilang-gemilang tersebut.

Sewaktu menyampaikan ucapan di pentas Golden Globes 2016.
Sewaktu menyampaikan ucapan di pentas Golden Globe 2016.

Pelakon yang berjaya merangkul anugerah Best Actress in a Musical or Comedy Motion menerusi filem Joy ini dikatakan berlaku biadap kepada wartawan E! dari Mexico, Juan Pablo Fernandez-Feo kerana wartawan terbabit bertanyakan soalan tanpa melihat kepadanya tetapi skrin telefon bimbit di tangan.

Jennifer, 25, dalam sidang media tersebut dianggap telah memalukan wartawan tersebut dengan ayat sinisnya, “You can’t live your whole life behind your phone bro. You’re just not gonna… You can’t do that. You gotta live in the now”.

Antara reaksi yang ditunjukkan oleh Jennifer sewaktu mempersendakan Pablo.
Antara reaksi yang ditunjukkan oleh Jennifer sewaktu mempersendakan Pablo.

Pablo terus dimalukan Jennifer selepas dia mengulangi soalan, “How do you see yourself for the Oscar night?” apabila Jennifer terus mencelah dengan menjawab, “We are at the Golden Globes, if you put your phone down, you’d know that.”

Insiden tersebut menyebabkan Jennifer dikritik dan dikecam para peminatnya yang berasakan dia tidak patut berkata demikian dan harus menghormati wartawan tersebut.

Ini kerana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertuturan harian wartawan tersebut justeru dia harus merujuk kepada telefon bimbitnya sewaktu bertanya soalan.

Diharapkan Jennifer Lawrence akan berhati-hati dengan tindakannya selepas ini bagi mengelakkan dia mengulangi kesilapan sama. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mail

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=D_FZ-0wO0mQ]

 

 

 

 

Tags: Beverly HillsGolden Globes 2016jennifer lawrence
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demi Angelina Jolie, Wanita Ini Sanggup Digelar Zombie

03/12/2017
0

ADA orang yang terlalu obses untuk kelihatan secantik selebriti pujaan mereka sehingga sanggup ke meja pakar bedah semata-mata untuk tujuan...

“Pakaian Terhodoh” Selebriti Di Golden Globes 2016

20/02/2016
0

LUMRAH bagi setiap acara gala yang besar dan gah, ada sahaja selebriti yang tampil elegan dan menawan di karpet merah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd