• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Perkenal Peraturan Lebih Ketat – MB Pahang

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan Negeri Pahang akan memperkenalkan peraturan baharu yang lebih ketat dalam perlombongan bauksit bagui memastikan aktiviti tersebut tidak lagi mendatangkan masalah atau mencemarkan alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata peraturan baharu itu akan digubal hasil perbincangan dengan pihak dan agensi penguatkuasaan berkaitan isu bauksit.

Menurutnya agensi yang terlibat termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kita juga minta saintis yang faham dengan keadaan ini untuk tampil memberikan cadangan. Saya minta semua bersabar kerana perkara ini melibatkan banyak aspek seperti lokasi, pengangkutan dan pelabuhan.

“Kita mencari jalan penyelesaian terbaik bagi semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016M Peringkat Daerah Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Jumaat.

Adnan menjelaskan bahawa beliau tidak berdiam diri dalam permasalahan bauksit malah mengambil pendekatan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak mengeruhkan keadaan.

Katanya untuk waktu ini, tumpuan kerajaan negeri adalah untuk membersihkan Pelabuhan Kuantan dalam tempoh seminggu bermula 15 Jan, iaitu hari tempoh moratorium perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula.

Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti dua tempat yang akan dijadikan pusat pengumpulan setempat, katanya.

Mengulas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa berlaku ketirisan dalam royalti yang dianggarkan berjumlah lima kali ganda daripada RM47 juta yang dikutip pada 2015, Adnan berkata beliau akan berjumpa dengan pihak terlibat dengan kutipan royalti.

Beliau menegaskan tidak mahu berada dalam penafian atau menudingkan jari kepada mana-mana pihak dalam isu ini, sebaliknya melihat adalah penting untuk perkara ini diselesaikan agar tidak berulang.

“Kutipan cukai bahan mineral melibatkan banyak pihak iaitu PTG, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kastam dan pelabuhan. Semua (pengiraan) agensi ini kena selaras dan sepadan dan paling besar adalah pelabuhan kerana mereka tahu berapa muatan baukist yang dinaikkan ke atas kapal.

“Saya kira semula dan sepatutnya kita boleh mendapat (royalti) sekurang-kurangnya RM180 juta. Ini yang kita kena siasat semula, jadi empat agensi ini kena duduk bersama supaya tidak berlaku ketirisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakobbauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd