• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Sedia Kerah Anggota Tangani Ancaman Daesh

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENTING HIGHLANDS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menggerakkan anggotanya ke kawasan tertentu di negara ini bagi mengawasi ancaman serangan kumpulan Daesh jika diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu keganasan Daesh ini memerlukan perbincangan yang teliti dan keperluan untuk melibatkan anggota tentera perlu diputuskan oleh MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam membanteras jenayah, anggota tentera memang telah lebih awal terlibat dengan anggota polis membuat rondaan di bawah Strategi Lautan Biru dan kerjasama anggota tentera dengan polis memang tidak jadi masalah.

“Keputusan untuk melibatkan anggota tentera (untuk menghadapi serang Daesh) bukan di bawah kita tetapi MKN yang akan menentukan, kita tunggu arahan dan bersandarkan kepada undang-undang negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita sama ada ATM akan mengerahkan anggotanya mengawasi kawasan-kawasan tertentu dalam negara susulan serangan di Jakarta baru-baru ini.

Mengenai ancaman Daesh, Hishammuddin berkata pihaknya telah melakukan siapsiaga menerusi Kor Risik dan Unit Anti Keganasan ATM yang sudah lama bergerak serta bekerjasama dengan semua pasukan keselamatan.

Katanya, kementerian turut menjalankan diplomasi pertahanan dengannegara-negara tertentu dan mengadakan perkongsian maklumat dengan negara-negara yang telah lama menghadapi ancaman ini.

“Ancaman Daesh ini bukan sahaja kita tetapi dunia juga berusaha untuk menanganinya. Kita mesti tangani bersama di mana hubungan dengan negara-negara tertentu mesti diperkukuh,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OilG3t8VnCk[/wpdevart_youtube]

Tags: HishammuddinMilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

110 Kes Demam Denggi Di Sabah Sehingga 9 Jan Lalu

Next Post

Cuba Gaun Pengantin, Nora Danish Dah Nak Kahwin?

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

Next Post

Cuba Gaun Pengantin, Nora Danish Dah Nak Kahwin?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd