• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Fauzi Nawawi Terpilih Masuk Mentor Milenia

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI.. ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Jika si bapa melibatkan diri dalam dunia lakonan, anaknya pula berbakat dalam dunia nyanyian.

Begitulah bakat dimiliki anak Fauzi Nawawi iaitu Muhammad Fazreez Hazwan, 18, yang berjaya terpilih menjadi protege Hazama dalam program realiti Mentor Milenia.

Mentor-Milenia

MENTOR-2ND-PC-5-feature

Bercerita mengenai kejayaan anak keduanya itu, Fauzi berkata, ianya adalah hasil usaha remaja itu sendiri tanpa mengunakan gelaran anak selebriti.

Jelasnya, ini kerana Hazama tidak tahu menahu anaknya, Muhammad Fazreez atau lebih mesra disapa Fareez mencuba nasib dalam uji bakat program nyanyian tersebut.

“Fareez beratur sejak pagi lagi hingga ke malam untuk menjalani sesi uji bakat. Saya hanya menelefon Hazama sejurus selepas Fareez memaklumkan dia berjaya menjadi antara peserta pilihan penyanyi itu.

“Saya berbangga kerana kejayaan Fareez itu adalah hasil titik peluh dirinya sendiri. Dia tidak meminta bantuan sesiapa atau menggunakan jalan pintas untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi,” katanya kepada BH Online.

Tambah Fauzi, anaknya sangat gemar berkaraoke pada masa lapang dan sejak itu, dia mula mengesan bakat yang dimiliki Fareez.

Pada masa yang sama, Fareez mengakui sangat meminati Hazama sejak dulu lagi.

“Selain mempunyai vokal yang mantap, beliau seorang yang kelakar dan bersahaja. Sebagai sifu pula, abang Hazama bijak mengatur strategi dan membimbing tanpa memberikan sebarang tekanan,” kata Fareez.

Selain Hazama, Mentor Milenia turut menampilkan Azlan, Black dan Akim. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian

Tags: hazama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hazama Redha Belum Sampai Masa Timang Cahaya Mata

22/05/2018
0

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan cahaya mata bagi melengkapi institusi kekeluargaan yang dibina dan begitu jugalah yang diharapkan oleh...

Hazama Akui Sering Dianggap Pencukup ‘Kuota’

08/02/2018
0

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak pernah dianggap sebagai peserta pilihan. Perkara tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd