• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Kota Kinabalu-Wuhan

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini melancarkan penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke wilayah Wuhan, China.

Pesawat AK2138 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bersama kira-kira 120 penumpang atau lebih 70 peratus daripada muatan penerbangan, terdiri kebanyakannya rakyat Malaysia pada 6.55 petang, dan dijangka tiba di destinasinya pada 11.10 malam.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada penumpang, sambil diiringi Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan Pengurus Besar Datuk Irene Charuruks, serta Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee.

Ketika ditemui pemberita, Masidi berkata penerbangan sulung AirAsia ke Wuhan hari ini, bermakna kira-kira 61 penerbangan kini beroperasi antara Kota Kinabalu dan China setiap minggu oleh syarikat penerbangan seperti Shanghai Airlines, Spring Airlines serta AirAsia.

“Tahun lepas, AirAsia membawa 3.8 juta penumpang ke dan dari Sabah – jumlah tertinggi oleh sesebuah syarikat penerbangan dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri ini,” katanya.

“Saya percaya masa depan antara China dan Sabah adalah dalam pelancongan. Saya menyeru kerajaan, sektor swasta, syarikat penerbangan dan agensi pelancongan untuk berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kejayaan industri pelancongan di negeri ini,” katanya.

Kira-kira 180 penumpang atau hampir 100 peratus daripada muatan penerbangan akan menaiki penerbangan pertama AirAsia pesawat AK2139 dari Wuhan-Kota Kinabalu pada 11.55 malam ini, dan dijadual tiba pada 4.05 pagi esok. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayda Jebat Akan Kongsi Kisah Cinta Dengan Peminat

Next Post

RUU MKN 2015 Perkemas Undang-Undang Sedia Ada

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

Next Post

RUU MKN 2015 Perkemas Undang-Undang Sedia Ada

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd