• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Minuman Dibaca Ayat Al-Quran Tidak Boleh Dijual Lagi?

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIR minuman yang didakwa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan dilarang dijual tidak lama lagi.

Pelaksanaan larangan ini bakal dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) namun tarikh larangan tersebut masih belum ditetapkan.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, MUIP memandang serius kegiatan menjual air minuman menggunakan al-Quran yang bertujuan melariskan jualan.

“Mereka menggunakan agama untuk melariskan produk seperti menyembuhkan pelbagai jenis penyakit selain dikatakan dapat menerangkan hati kanak-kanak dan pelajar.

“Arahan larangan menjual itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi.

“Sudah tiba masanya MUIP bertindak tegas bagi memastikan umat Islam tidak mudah tertipu oleh pihak yang mengambil kesempatan menggunakan agama semata-mata untuk melariskan perniagaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Wan Abdul, aktiviti air minuman ini juga dikhuatiri merupakan satu kaedah penipuan khusus kepada umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayainya terutama apabila disertakan dengan ayat al-Quran.

Selain air minuman, MUIP turut memantau beberapa produk lain yang didakwa menggunakan cara serupa seperti kismis.

Difahamkan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melakukan pemeriksaan di semua premis sebaik sahaja larangan dilaksanakan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

Tags: airminuman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd