• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Tiada Dalam Senarai MB Kedah Baharu

oleh
02/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah di sini pada Jumaat untuk dipertimbangkan dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan nama ADUN Bakar Bata, Ahmad Bashah Md. Hanipah yang paling lantang mendesak agar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir disingkirkan tiada dalam senarai akhir tersebut.

Ketiadaan nama beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memang dijangka untuk mengelakkan Perdana Menteri terpaksa melakukan rombakan kecil Kabinet Persekutuan.

Sebaliknya Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional meletakkan tiga nama sekali gus mengenepikan spekulasi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu sebagai antara calon.

Media difahamkan, tiga nama yang dicalonkan itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Dr. Ku Abd. Rahman ialah Exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, disebut-sebut sebagai pilihan utama sesuai untuk mengambil alih jawatan itu.

Calon seterusnya iaitu Mohd. Rawi merupakan Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya, manakala Azmi pula ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri, tiba di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum beliau kemudian dilihat meninggalkan istana tersebut pada jam 9.15 pagi.

Ahli jemaah pemangku ialah Tunku Temenggong, Tunku Sal­lehud­­din ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Laksamana, Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Difahamkan, pertemuan tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. Jika kesemuanya berjalan dengan lancar, Menteri Besar Kedah yang baharu dijadualkan mengangkat sumpah pada Isnin.

Pada masa sama, portal berita tempatan The Star melaporkan bahawa pegawai-pegawai Mukhriz sudah mula sibuk ‘mengemas’ keluar barangan dari pejabat dan kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Polemik krisis menteri besar negeri itu tercetus apabila kumpulan majoriti wakil rakyat UMNO diketuai oleh Ahmad Bashah mengisytiharkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz di Kedah.

Jentera pentadbiran kerajaan juga gagal berfungsi selepas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong gerakan singkir Mukhriz ‘memboikot’ mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Menteri Besar KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd