• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31,110 Pesalah Trafik Tegar Di Johor Diburu

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran tangkap di Johor, diberi tempoh sehingga
hujung bulan ini untuk melunaskan saman tertunggak masing-masing, keseluruhannya berjumlah RM9.3 juta.

Ketua Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Baharuddin Mat Taib berkata polis tidak akan berkompromi sekiranya mereka masih gagal menyelesaikan saman tersebut selepas tempoh yang ditetapkan itu.

“Saya mengingatkan dan menyeru warga Johor dan Singapura yang ada saman dan waran tangkap agar segera menyelesaikan saman mereka, sebelum kami melancarkan Operasi Waran Tangkap Trafik (Op Warta) besar-besaran.

“Operasi ini akan ditentukan dalam masa terdekat, mungkin diselaraskan dengan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

Sepanjang tahun lalu, polis mengeluarkan sebanyak 489,947 saman kepada pesalah trafik di seluruh negeri berbanding 514,462 saman pada tahun 2014.

Menurut Baharuddin, daripada jumlah itu, dianggarkan hanya kira-kira 72,000 saman dengan nilai RM21.8 juta telah dilunaskan, manakala bakinya masih tertunggak.

“Saman tertunggak itu turut meliputi 19,555 saman yang dikeluarkan terhadap kenderaan Singapura,” katanya.

Beliau berkata, serentak dengan Op Warta, pihaknya juga akan menjalankan Op Halangan, Op Mabuk, Op Had Laju dan Op Lumba Haram bagi mengurangkan kesesakan, kadar kemalangan dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Jumlah kemalangan yang dicatatkan di Johor pada tahun lalu ialah 67,037 kes dengan 991 kes adalah kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal, pembonceng motosikal dan pemandu kenderaan biasa, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qO8vk7FaMEo[/wpdevart_youtube]

Tags: trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

08/06/2025
0

Kuala Lumpur: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya...

Tikam Rakan Kerana Dadah, Sumbat Mayat Dalam Peti Ais

Trafik Ke Lembah Klang Mulai Sesak

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd